Quantcast
Channel: Umum – Mek Ila JV | Shaklee Semenyih
Viewing all articles
Browse latest Browse all 38

Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla

$
0
0

Hai Assalamualaikum pembaca semua.
Apa khabar? Di penghujung tahun ni, pastinya ramai yang tengah sibuk dengan pelbagai majlis terutamanya majlis perkahwinan dan aktiviti cuti-cuti Malaysia kan? Ramai juga yang menyambut hari ulangtahun perkahwinan di hujung tahun ni, termasuklah Mek ila sendiri.

Seemenjak dapat surprise birthday gift daripada Kak Cla beberapa bulan yang lalu, Mek ila pun sering menempah pakej jambangan coklat dan bunga daripada kak Cla untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Memang puas hati, sebabnya walaupun harganya murah, jambangan coklat yang kak Cla gubah sangat cantik dan sangat disukai oleh kawan-kawan. Kata orang, sangat berbaloi dengan harganya.

Yang lagi best, baru-baru ni kak Cla banyak pula buat bouquet duit. Wah ini kalau dapat ni memang tersenyum orang yang menerimanya sampai esok pagi. Mana tidaknya, bunga dapat, duit pun dapat lagi-lagi kalau duitnya berwarna oren, warna purple pun boleh asalkan customer ada bajet.

Dekorasi Romantik Untuk Yang Tersayang

Atas permintaan ramai, kak Cla juga kini menyediakan surprise dekorasi romantik untuk acara-acara istimewa yang ingin disambut tak kiralah sama ada di rumah mahupun di lokasi lain seperti di restoran. Ialah nak deko sendiri mungkin kita tak pandai atau tiada masa, jadi boleh je panggil kak Cla. Bayangkan tiba-tiba balik rumah, tengok di atas meja dah terhias indah dekorasi romantik daripada pasangan. Sweet sangat kan?

Pendek kata apa juga majlis surprise yang ingin dianjurkan dan kawan-kawan memerlukan bantuan, kak Cla sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik bukan hanya di Semenyih, malah di kawasan-kawasan berhampiran juga. InsyaAllah Mek ila juga akan menempah dekorasi romantik ni sekiranya ada permintaan daripada customer di Homestay Papa Der. 

Bouquet, Hamper dan Hantaran

Selain bouquet, kak Cla juga ada mengambil tempahan untuk hamper dan gubahan hantaran. InsyaAllah harga pun sangat berpatutan dan boleh dibuat mengikut bajet customer. Maklumlah kadangkala macam orang lelaki ni, ada yang tak makan coklat atau tak suka bunga,  jadi bolehlah kita bagi bakul buah-buahan ni sebagai ganti.

Bagi yang sukakan pulut kuning pula, bolehlah tempah pulut kuning dan rendang ni. Sesekali sambut birthday atau anniversary dengan pulut kuning pun comel juga kan terutama kalau kita menyambutnya dengan mengadakan majlis kesyukuran.

Untuk tempahan, kawan-kawan boleh terus menghubungi kak Cla di talian 013-3177302. Selamat mengadakan surprise untuk yang tersayang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 38

Latest Images